Tuesday, September 7, 2010

Program Masih Ada Yang Sayang 2010

Tarikh: 07 September 2010
Masa : 2.30 ptg hingga 5.00 ptg
Tempat : Edaran Rumah ke Rumah

Thursday, September 2, 2010

Program Agihan Bubur Lambuk Ramadhan 2010
















Pada 26hb Ogos 2010 bersamaan 16 Ramadhan 1431 Hijrah telah diadakan Program Agihan Bubur Lambuk Anjuran Biro Kebajikan , Sosial dan Agama KRT Padang Matsirat.Program ini telah diadakan di hadapan tapak pasar malam Padang Matsirat.Program tahunan ini bertujuan untuk mengagihkan bubur lambuk secara percuma kepada orang ramai.Sebanyak 350 unit telah diedarkan kepada orang ramai dalam masa 45 minit sahaja.-Setiausaha

Tuesday, August 3, 2010

Sumbangan Anda Diperlukan...

Makluman kpd semua...Jawatankuasa KRT Padang Matsirat akan mengadakan program
Edaran Bubur Lambuk Ramadhan dan Program " Masih Ada Yang Sayang" pada bulan Ramadhan yang akan datang....sesiapa yang berminat untuk membuat sumbangan berupa barangan atau wang tunai / cek boleh menghubungi :

En. Mohd Amin-Pengerusi
0124075265

En. Azahar -Setiausaha
0174340793/0194620793

En. Mohd Ridzwan-Pen. Setiausaha
0194243396

BUTIRAN PROGRAM

Program Edaran Bubur Lambuk
Tempat: Hadapan DOR Padang Matsirat
Tarikh : 15 Ramadhan / jam 6.00 ptg
Sasaran : Orang ramai sekitar kawasan

Program Masih Ada Yang Sayang
Tempat:Rumah ke Rumah
Tarikh: 7 hari sebelum raya
Sasaran: Warga Emas ,OKU , Miskin Tegar

Tuesday, July 13, 2010

BUBUR BIJI NANGKA


Resepi minggu yang kedua Program Kelas Masakan Jiran Wanita KRT Padang Matsirat.
Bubur Biji Nangka.Sesuai Dihidangkan pada waktu petang bersama-sama keluarga.Tahniah Jiran Wanita.Kalau nak tahu resepinya...sila berjumpa dengan Kak Sham no..

Kem SRS Peringkat Negeri Kedah


Bermula pada 3hb Julai dan berakhir 5hb Julai bertempat di PJ Campsite Puncak Janing , Kuala Nerang.Program ini yang merupakan kem Skim Rondaan Sukarela (SRS ) yang pertama diadakan di peringkat kebangsaan.Diantara pengisian didalam kem tersebut ialah sessi ceramah berkaitan srs , sessi soal jawap bersama pihak imigresen , polis dan pejabat agama serta latihan rondaan.Seramai 142 orang peserta telah mengikuti kem ini. Peserta dari Langkawi berjumlah 21 orang.

Sunday, July 11, 2010

Program Senamrobik Jiran Wanita

Program Senamrobik Jiran Wanita diadakan pada hari selasa jam 8.30ptg hingga 9.30mlm dan
hari jumaat 5.30ptg hingga6.30ptg

Wednesday, July 7, 2010

Program Kelas Masakan Jiran Wanita


PROGRAM KELAS MASAKAN JIRAN WANITA
Program Masakan Anjuran Jiran Wanita KRT Padang Matsirat bermula pada 06hb Julai 2010.Program ini dijalankan secara mingguan iaitu pada setiap hari Selasa dari jam 3.00ptg sehingga 4.00 ptg.